Sejarah SKMAS

Menurut peringatan dan catatan terdahulu, Sekolah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang mula beroperasi dalam tahun 1948. Perkembangan dan pembangunan sekolah ini telah melalui peristiwa-peristiwa yang sukar dilupakan bagi mereka yang ada nostalgia bersamanya.

Menurut maklumat daripada orang tua dan masyarakat setempat, sekolah pertama di kawasan Selalang ialah Yuu Chai School (aliran Cina). Kemudian digantikan dengan Sekolah Melayu Selalang yang merupakan detik permulaan persekolahan anak-anak tempatan.

Sehingga pada tahun 1959, Sekolah Melayu Selalang telah ditukar kepada “Mandor Aris School”. Menurut sejarah seterusnya, nama ini adalah bersempena nama seorang anak tempatan iaitu Encik Aris bin  Bagus. Nama tersebut dicadangkan oleh Tuan Chipman, seorang yang berbangsa Inggeris dan merupakan pengurus kilang papan pada waktu itu. Detik itu sebagai satu tarikh yang kurang pasti, “Mandor Aris School” telah diterjemah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang. Maka Bermulalah era baru sekolah ini yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan yang memerintah.

Arus pembangunan telah membawa sekolah ini kepada banyak perubahan seperti juga yang berlaku dengan sekolah-sekolah lain di Negara kita. Daripada hanya mempunyai sebuah blok bilik darjah, pihak kerajaan telah membina blok kelas tambahan dan siap pembinaan pada tanggal 2 Febuari 1982 di samping pembinaan 2 unit kuarters guru kelas IV.

Sehingga album profil ini selesai ditulis, yakni abad ke dua puluh, sekali lagi ia melalui arus perubahan. Pada tahun 1999, sekolah ini telah diklasifikasikan sebagai Sekolah Kebangsaan Mandor Aris, Selalang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s